TEMPAT MENARIK DI UTARA : 5 TEMPAT PILIHAN

13/01/2020 By 0 Comments

Tempat Menarik di Utara : Bercuti di utara tanah air seperti Pulau Pinang, Perlis dan Kedah bakal memberikan anda kenangan yang tidak akan dilupakan. Kaya dengan alam semulajadi dan pantai-pantai yang indah, pastinya percutian anda menjadi amat menyeronokkan buat seisi keluarga. Terdapat banyak tempat-tempat menarik di utara tanah air yang mempesoanakan. Berikut, lima (5) tempat menarik di utara:

Tasik Timah Tasoh

Pemandangan cantik yang menenangkan

Perlis merupakan negeri yang terletak di hujung utara Malaysia dan merupakan negeri terkecil di Malaysia. Namu, terdapat banyak tempat menarik dan salah satunya adalah Tasik Timah Tasoh yang merupakan empangan terbesar di Perlis. Nama Timah Tasoh diambil sempena nama dan tempat pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan juga Sungai Tasoh. Bagi meneydiakan bekalan air serta pengairan untuk penanaman padi sawah di Perlis, kawasan ini dijadikan empangan. Bagi mereka yang cintakan keindahan semulajadi, Tasik Tima Tasoh adalah destinasi yang wajib dikunjungi jika ke negei Utara. Jika anda seorang jurugambar atau seseorang yang menyukai seni alam semulajadi, kunjungi Tasik Timah Tasoh untuk aktiviti mencerap bintang atau “star scaping” bagi mendapatkan gambar Bima Sakti yang sempurna.

Baca : Penginapan di Langkawi

Masjid Terapung Tanjung Bungah

Tanjung Bungah terletak 10km dari Georgetown, Pulau Pinang yang memiliki kawasan daya tarikan pelancong. Masjid Terapung Tanjung Bungah adalah salah satu tempat menarik di utara iaitu Pulau Pinang dan menjadi deestinasi wajib singgah kerana ia lambing Tanjung Bungah.Kedudukan di atas air kira-kira 300 meter dari pantai menyebabklan masjid ini dipanggil sebagai masjid terapung. Uniknya masjid ini, Ia mempunyai menara setinggi 7 tingkat dan di sekitarnya dihiasi seni khat dan juga ukiran kayu jati. Bagi mereka yang gemarkan kehalusan kesenian Islam, Masjid Terapung Tanjung Bungah wajib dikunjungi.

Gunung Jerai Paragliding Park

Sukan lasak di gunung jerai, paragliding

Lambang kemegahan Negeri Kedah dan menjadi tarikan pelancong, Gunung Jeari sangat dikenali di Malaysia dan menjadi tempat menarik di utara. Gunung Jeari Paragliding park official merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan dan menikmati kehijaun buni Kedah. Selain mengatasi rasa gayat anda boleh menikmati pemandangan indah sawah padi dan laut biru yang terbentang luas . Bolehla anda mencuba mengatasi rasa takut pada tempat tinggi bila berkunjung ke Gunung jerai Paragliding park official.

5 tempat makan menarik di Kelantan !

Pulau Songsong

Kecantikan pulau ini yang ramai tidak mengetahuinya

Pulau yang indah tetapi jarang diketahui oleh orang ramai. Terletak di yan, Kedah, pulau ini menjadi tempat menarik di utara kerana mempunyai persisir pantai yang cantik dan masih tidah dipenuhi dengan orang ramai memandangkan pulau ini dianggap sebagai permata yng tersembunyi. Khazanah flora dan fauna, kejernihan air laut dan pantai yang bersih menjadikan pantai ini unik. Bertambah unik apabila terdapat dua kesitimewaannya iaitu pantai yang berpasir halus dan berbatu unik. Tiada penduduk, tiada pembangunan dan tiada hotel mahupun resort di Pulau Songsong ini. Maka, anda perlu membawa segala kelengkapan apabila mengunjung ke Pulau Songsong. Terletak 5 hingga 6 km dari daratan, pengunjung boleh menaiki bot di jeti Sungai Udang dan mengambil masa 15 minit perjalanan.

Penang Aquarium Batu Maung

Dapat menggembirakan anak-anak sewaktu percutian adalah satu perkara yang memuaskan hati. Penang Aquarium Batu Maung adalah salah satu tempat menarik di utara untuk dikunjungi seisi keluarga. Nama rasmi akuarium ini adalah Akuarium Institut Jabatan penyelidikan Perikanan. Mempamerkan pelabagai hidupan laut dan mempunyai kira-kira 25 tangki, pelbagai sepsis ikan terdapat di sisni seperti lion fish, box fish belut moray, cat shark dan banyak lagi. Dengan bayaran yang murah, sudah pasti anak-anak dapat belajar sambil melancong. Tempat ini seharusnya ada dalam senarai untuk dikunjungi!

Dapatkan Tiket anda ke Utara di sini. !