PENGINAPAN DI MELAKA: 5 TEMPAT BERBALOI

13/01/2020 By 0 Comments

Penginapan di Melaka : Melaka, Bandaraya bersejarah dan diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO. Sentiasa sesak dengan kehadiran para pelancong baik masyarakat tempatan mahupun pelancong asing terutama apabila cuti perayaan atau cuti panjang, menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian yang popular. Berikut, lima (5) hotel yang berbaloi untuk di duduki sepanjuang percutian.


Imperial Heritage Melaka

Hotel ini berdekatan dengan tumpuan pelancong

Lokasi yang sangat strategic menarik minat para pengunjung untu menginap di hotel ini. Terletak hanya 400 meter dari Porta De Santiago dan juga 700 meter dari Christ Church, hotel ini menawarkan banyak kemudahan dengan harga yang sangat berpatutan. Bagi mereka yang suka bercuti sambil membeli-belah, Imperial Hetitage Hotel merupakan pilihan yang tepat untuk menginap. Bersebelahan dengan Dataran Pahlawan, anda Cuma perlukan tenaga sahaja untuk berjalan membeli-belah. Kemudahan seperti kolam renang, gym, jakuzi dan spa serta banyak lagi kemudahan disediakan untuk pengunjung.

The Sterling Boutique Melaka

Menampilkan bentuk bangunan yang colonial, The Sterling Boutique Melaka menawarkan penginapan gaya colonial dan WiFi percuma! Terletak Cuma 500 meter dari tapak warisan terkenal di Melaka menjadikan hotel ini sebagai tempat penginapan pilihan buat para pengunjung. “Interior design” yang yang sangat kreatif,moden dan elegan bakal menarik perhatian pengunjung sebaik sahaja tiba di ruangan lobi. Jarak hotel dari Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan pusat membeli-belah Mahkota Parade hanay 1 kilometer sahaja. Keunikkan di hotel ini adalah terdapatnya restoran di atas bumbung hotel membolehkan pengunjung menjamu mata melihat pemandangan sekitar Melaka sambil menikmati hidangan. Harga juga berpatutan.

Baca : Penginapan di Langkawi

DoubleTree by Hilton Melaka

Kecantikan pendangan hotel pada malam hari

Pengunjung negeri Melaka yang menginkan perginapan mewah di alu-alukan untuk menginap di DoubleTree by Hilton Melaka, sebuah hotel mewah di Melaka. Berjarak Cuma 83 meter dari Elements Mall, hotel ini menawarkan kolam renang, gymnasium dan juga sauna. Malah jarak yang dekat dengan pasaraya juga memudahkan anda mendapatkan barang keperluan. Ruangan bilik yang ditawarkan juga mempunyai konsep yang elegan dan susunan yang kemas dan kreatif. Maka,tidak rugila sekrianya anda menginap di sini!

Dapatkan Tiket anda ke Melaka di sini. !

Philea Resort and Spa

Persis luar Negara. Itula perumpamaan untuk Philea Resort and Spa, Melaka ini. Syurga dunia yang bertaraf 5 bintang ini menghidangkan pemandangan hijau dan mewah untuk para pengunjung. Terletak di Ayer Keroh, Melaka, hotel ini berkonsepkan rumah kabin dan berkayu balak, perabotnya pula diperbuat daripada kayu. Dihiasi dengan konsep elegan, pengunjung dapat merasai suasana natural sebaik sahaja melangkah ke bilik penginapan. Jauh dan tak larat berjalan? Jangan risau, hotel ini menyediakan buggy untuk memudahkan pengunjung.

Ohana House HQ

Klasik dan menarik

Melaka sangat terkenal dengan aura Baba Nyonya. Sekiranya anda ingin merasai aura klasik baba Nyonya, Ohana House HQ adalah tempat penginapan yang tepat untuk anda duduki sepanjang bercuti di Melaka Bandar Raya Bersejarah. Berkonsepkan traditional tapi lengkap dengan keselesaan dan kesempurnaan moden. Terletak di kawasan yang strategic, anda boleh ke Muzium Kebudayaan Cheng Ho, Muzium Baba Nyonya, Jonker Street dan juga kawasan pasar malam dengan hanya berjalan kaki kerana Cuma berjarak kurang dari 10 minit. Kawasan penginapan yang tenang menjadikan Ohana sebagai pilihan para pengunjung Melaka.

5 tempat makan menarik di Kelantan !