Welcome

PENGINAPAN DI LANGKAWI: 5 TEMPAT TERBAIK

Penginapan di Langkawi : Perkara paling penting setiap kali merancang sesuatu percutian ialah menyediakan keselesaan buat keluarga. Di Langkawi, terdapatbanyak hotel dan resort terbaik yang menawarkan pelbagai kemudahan dan pemandangan yang menarik. Lima tempat penginapa yang terbaik di langkawi ialah:

  • The Danna Langkawi
Penginapan di Langkawi : The Danna Hotel

Resort bertaraf lima (5) bintang yang terletak Telaga Harbour Park ini dikelilingi oleh alam semulajadi dan juga pasir pantai yang indah. Uniknya, penginapan di Langkawi mempunyai kolam infiniti terbesar di Langkawi! Bagi siapa yang suka mandi- manda, The Danna merupakan pilihan yang terbaik untuk menginap. Walaupun ramai pengunjung, kolan di The Danna tidak terasa padatnya, luas kan? Cukup lengkap dengan segala kemudahan yang disediakan, resort ini bukan sahaja menyediakan spa dan sauna, malah meneydiakan “Game Room”, perpustakaan dan gym di hotel ini! Banyak kemudahan bayar mahal pun okay je kan?

Baca : Cara Mudah Beli Tiket Bas Online di TBS
  • Aloft Langkawi Pantai Tengah

Jika anda seorang yang menikmati keindahan alam, Aloft Langkawi Pantai tengah adalah penginapan di Langkawi yang terbaik untuk anda tempeh di Langkawi! Melalui balkoni, anda boleh menikmati pemandangan lautana Andaman, taman dan juga hutan rimba yang menenangkan dan sangat mempesonakan. Tidak kurang juga kemudahakan yang disediakan sangat lengkap, sudah pasti setiap saat ada sahaj aktiviti yang anda lakukan. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang boleh dijumpai di sekitar hotel.

  • Four Season Resort Langkawi
Sea view from Four Seasons Resort

Bagi mereka yang mengutamakan privasi, anda seharusnya menempah penginapan ini! Four Season Resort menawarkan pantai peribadi dan juga kolam renang luaran pelbagai tingkat. Uniknya, reka bentuk tradisional yang diambil ilham dari seni bina Melayu dan Moor, resort ini dilengkapi dengan syiling yang tinggi dan juga perabot kayu. Terletak berdekatan dengan Kilim karst Geoforest Park, anda boleh melihat pembentukan batu yang sudah berusia berjuta tahun hanya dengan menaiki bot yang telah disediakan. Di umpamakan seperti syurga dunia, anda boleh menikmati pemandangan laut dan taman hijau yang mempesonakan.

Dapatkan Tiket Bas Anda Sekarang !
  • The St Regis Langkawi

Percutian mewah yang dirancang haruslah dilengkapi dengan penginapan yang mewah. Justeru, The St. Regis Langkawi adalah pilihan yang terbaik. Hotel lima (5) bintang ini merupakan penginapan di Langkawi yang dikelilingi dengan hutan hujan yang subur dan juga menawarkan pantai persendirian dan kolam renang luaran yang menghadap lautan Andaman. Hotel ini menyajikan banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga tersayang seperi mencanting batik di tepi pantai, lawatan ke taman hidupan liar dan banyak lagi! Pasti anda tidak akan menyesal dengan pelaburan wang yang banyak untuk penginapan mewah sebegini.

  • Ach Studio Cenang

Terletak 200 meter dari Pantai Cenang dan Underwater Worl Langkawi, Arch Studio menyediakan tempat penginapan yang selesa , kemas dan tenang. Meskipun luaran tidakla semegah seperti resort dan hotel mewah yang lain, keindahan yang sebenar terletak di ruangan dalamnya yang di tata hias berseni dan kreatif. Tempat yang strategik untuk anda menerokai Langkawi ini menyediakan penginapan yang sangat selesa buat anda sekeluarga.

Baca : 5 tempat percutian tersembunyi yang mungkin anda tidak tahu

2 thoughts on “PENGINAPAN DI LANGKAWI: 5 TEMPAT TERBAIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *