Welcome

PERCUTIAN MENARIK : PERANCANGAN YANG MUDAH

Aktiviti bercuti sememangya menjadi aktiviti keluarga yang paling ditunggu-tunggu. Namun, merancang percutian menarik yang lancar boleh memeningkan kepala si perancang aktiviti. Berikut merupakan tips-tips bagaimana untuk merancang percutian dengan mudah.

Merancang percutian lebih awal

Rancang percutian menarik anda dengan segera dan cuba elakkan perancangan dalam minit terakhir. Di mana percutian bakal berlangsung, berapakah anggaran kos percutian, pada bilakah kita akan mulakan perjalan ke destinasi dan apakah barangan yang perlu dibawa merupakan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam merancang percutian. Maka, rancanglah secepat mungkin dan jangan berlengah lagi.

Rancang yang terbaik untuk percutian menarik anda
Aplikasi Atas Talian

Semuanya dihujung jari sahaja! Tidak perlu lagi membuat panggilan dan menunggu sehingga pekerja hotel menjawab panggilan, tidak perlu berteka-teki tentang harga bilik hotel, tidak perlu risau lagi jika tiada kekosongan bilik buat anda. Hal ini kerana, aplikasi atas talian boleh membantu anda membuat tempahan bilik dengan cepat dan pantas malah sangat memudahkan urusan kita dalam merancang percutian yang terbaik.

Dapatkan tiket percutian anda di sini. Sila KLIK

Itinerary

Seterusnya, itinerary atau jadual perjalanan seharian sangat penting dalam membantu memudahkan urusan percutian menarik kita khususnya mereka yang melancong sendiri tanpa mana-mana “travel agency”. Itinerary membantu memudahkan perjalanan selain menjimatkan masa dan wang. Apabila mula membuat jadual perjalanan seharian, kita akan mencari tempat-tempat yang ingin di lawati dan sekaligus membantu kita mengira kos perjalanan termasuklah harga tiket, harga pengangkutan awam dan lain lain. Pastinya kita tau ke mana ingin dituju dan bolehla kita dapatkan tiket masuk contohnya secara online, dapat diskaun lagi tau!

Pastikan dokumen perjalanan lengkap!

Jika destinasi percutian anda adalah luar Negara, sila pastikan dokumen perjalanan anda lengkap dan masih dalm tempoh yang sah! Pastikan passport sentiasa dibawa dan tempohnya masih lagi sah dan sekiranya tempat perjalanan anda memerlukan visa, segerakan uruskan hal tersebut. Selain itu, periksa dengan teliti tiket perjalanan anda bagi mengelakkan tertinggal pesawat atau tersilap tarikh penerbangan.

Bercuti ketika bukan musim percutian !

Bercuti dalam suasana tenang dan lengang sudah pasti menjadikan percutian kita lebih berjalan lancar dan mudah. Rancang percutian menarik anda di luar waktu puncak ataupun di luar musim festival seperti hari-hari perayaan, cuti umum ataupun cuti sekolah. Percutian kita semestinya menjadi mudah tanpa perlu menghadapi kesesakan lalulintas, ketiadaan parking, kesesakan orang ramai di tempat tumpuan pelancongan dan kos penginapan yang tinggi.

Ketenangan ketika percutian, jauh dari kesibukan ramai
Senarai semak untuk percutian menarik anda !

Pastikan anda mempunyai senarai semak barangan yang perlu dibawa agar percutian menarik anda tidak terganggu terutama ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil. Pampers, susu, barangan mandian dan makanan anak-anak kecil haruslah cukup agar mereka dapat bekerjasama dalam percutian kali ini. Pastikan baju dan kelengkapan peribadi harian kita cukup dan di bawa ke destinasi percutian. Semak barangan seminggu dan 2 hari sebelum memulakan perjalanan. Elakkan menyemak pada saat-saat terakhir.

1 thought on “PERCUTIAN MENARIK : PERANCANGAN YANG MUDAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *