DESTINASI

5 TEMPAT PERCUTIAN MENARIK YANG ANDA TIDAK SEDAR KEWUJUDANNYA

03/01/2020 By 2 Comments

Tahukah anda terdapat tempat percutian menarik di Malaysia yang masih belum diketahui umum dan ada antara kita yang masih tidak sedar akan kewujudan tepat-tempat tersebut. Berikut antara lima tempat percutian di Malaysia yang tenang dan kurang sesak dengan pengunjung memandangkan kewujudannya masih belum diketahui umum.

Pulau Rawa, Johor

Pulau Rawa diibaratkan persis kepulauan Maldives. Perjalanan ke Pulau rawa, Johor mengambil masa selama 20 minit dari pelabuhan di Mersing, Johor dengan menggunakan bot laju. Terletak di Taman Marin Sultan Iskandar menjadikan kawasan ini sangat tenang dan sunyi dan bebas daripada para pemancing. Masih ramai yang belum mengetahui kewujudan pulau ini kerana ia diibaratkan sebagai pulau yang tersimpan rapi. Keindahan semulajadi yang terjaga, air laut yang jernih dan pasir yang memutih dan keadaan masih terjaga boleh dijadikan tempat percutian yang sangat menarik. Terdapat resort di tepi pantai yang menwarkan sebanyak 77 bilik yang mudah akses ke laluan trek yang mengagumkan.

Kecantikan pantai di Pulau Rawa
Sasaran, Kuala Selangor

Pernahkah anda tahu tentang “Sky Mirror” yang pernah menjadi topic hangat? Diumpamakan seperti dataran garam di Bolivia, Salar De Uyuni Malaysia menjadi tarikan terbaru di Kuala Selangor. sebelum menjadi topic perbualan ramai, “Sky Mirror” Sasaran, kuala Selangor hanya diketahui oleh para nelayan tempatan sahaja. Hari demi hari popularity tempat ini semakin mendapat perhatian orang ramai serta menjadi tempat percutian dan “instagrammable” untuk para pelawat. Anda boleh sampai ke sini dengan menaiki bot dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor selama 30 minit

Beli tiket percutian anda di sini. Sila KLIK

Teluk Senangin, Perak

Teluk Senangin merupakan kawasan pantai yang cantik dans entiasa menjadi lokasi perkelahan para penduduk setempat. Pelawat boleh melihat Pulau Pangkor yang terletak jauh ditengah laut dari Teluk Senangin. Mempunyai pantai yang cantik, pasir yang halus dan ombak kecil sesuai untuk aktiviti mandi merupakan daya tarikan Teluk Senangin. Selain itu, para pengunjung boleh melawati pusat pemuliharaan penyu tanpa sebarang bayaran masuk. Pada sebelah malam pula, pengunjung boleh menikmati makanan lauk di kedai berhampiran yang terletak 10 minit dari Teluk Senangin

Hutan Reakrasi Kanching, Rawang, Selangor

Hutan Lipur Kanching terletak lebih kurang 2 kilometer dari Templer Park dan terletak di Hutan Simpan Kanching. Mempunyai tujuh strata air terjun yang cantik menjadikan hutan ini sebagai kawasan yang unik selain terdapat kawasan dan kolam yang sangats esuai untuk aktiviti mandi-manda. Sekiranya anda ingin melakukan aktivit barbeku, terdapat lapisan kelima dan keenam air terjun itu yang sesuai untuk dijadikan kawasan barbeku.

Panorama di Pulau Gemia yang cukup memukau
Pulau Gemia, Terengganu

Pernahkah anda tahu akan kewujudan Pulau Gemia di Terengganu? Ia kurang popular di kalangan para pelancong tempatan tetapi sangat terkenal di antara para pelancong asing. Terletak di pantai timur Malaysia, Pulau Gemia menjadi salah satu pulau tercantik di Malaysia. Terletak sedikit terpencil berbanding Pulau Kapas kerana dikelilingi oleh batu-batuan dan sebahagian kawasan pantai. Bagi yang mengimpikan percutian yang tenang, anda boleh ke Pulau Gemia memandang pulau ini masih belum diketahui umum dan tidak sesak dengan pengunjung.

Baca : Perancangan untuk percutian terbaik anda



2 Comments on "5 TEMPAT PERCUTIAN MENARIK YANG ANDA TIDAK SEDAR KEWUJUDANNYA"

  1. […] percutian menarik anda dengan segera dan cuba elakkan perancangan dalam minit terakhir. Di mana percutian bakal […]

  2. […] Baca : 5 tempat percutian tersembunyi yang mungkin anda tidak tahu […]


Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a Reply